Advertising Age
Advertising Age

Advertising Age

Advertising Age (atau AdAge) ialah majalah Amerika yang membekalkan berita, analisis, dan data tentang pemasaran dan media. Majalah itu bermula sebagai suatu akhbar terbitan lebar sehelai di Chicago pada 1930. Pada hari ini, kandungannya juga muncul dalam bentuk mingguan cetak yang diedarkan di seluruh dunia, termasuk juga dalam banyak wadah elektronik, termasuk:Pasukan editor AdAge berpusat di Bandaraya New York, manakala syarikat induknya, Crain Communications, berpusat di Detroit. Crain Communications ialah sebuah syarikat sendirian berhad yang menerbitkan melebihi 30 majalah.